Kalo semua nak berkira, mmg payahlah..... Aku pun kadang-kadang naik menyampah mengadap orang yang berkira.... Tak der larh nak kata yang aku nie baik sgt dan tak berkira tapi if terlalu berkira sangat..... Aku rasa korang pun tak sanggup larh nak mengadap manusia macam nie.... Aku akan start berkira if orang tue berkira ngan aku... Tapi bila aku tak berkira ada pulak segelintir yang ske mengambil kesempatan di atas ketidakberkiraan aku nie.... Tue yang jadi tak syok tue... Tapi if ada jumpa manusia yang sgt tak berkira rasa best sgt berkawan ngan orang macam tue... Kerja jadi mudah... Bagi aku gift n take larh... Ada masa kita... Ada masa kau... Bukan Akuuuuuu jerrrr or bukan Kaauuuu jerrrr.... Aku terbaca satu artikel kat Kosmo yang mmg menarik minat tuk di kongsi bersama..... Jadi enjoy kayh....
"Buat apa aku nak buat? Bukankah itu kerja die? or "Cukuplarh tue, biar orang lain yang bereskan."... dialog tersebut merabak hubungan antara kita. Sikap terlalu berkiralah yang menjadi batu penghalang kepada hubungan kemanusiaan. Kalau semuanya berkira, tiadalah pahala amal jariah seterusnya keberkatan terhadap terhad apa yang diperlakukan dan peroleh.
Perangai ske berkira juga akan melambatkan atau lebih malang menggagalkan kemajuan.
Apakah yang membentuk orang Jepun sehingga muncul sebagai bangsa maju??? Jawapannya ialah semangat KAIZEN yang mereka amalkan.
Mengikut Kamus Dewan, Kaizen adalah rahsia pembangunan bangsa Jepun yang merujuk kepada peningkatan yang berterusan. Ia membabitkan kemajuan diri, organisasi dan sebagainya demi mencapai tahap kecemerlangan yang lebih tinggi dari semasa ke semasa dalam segala usaha yang dijalankan.
Sudah pasti Kaizen hampir tidak memberi ruang kepada sikap suka berkira. Jika sikap suka berkira diamalkan, kaizen tidak akan berjaya. Orang Jepun yang mengamalkan kaizen tidak kisah untuk melakukan tanggungjawab orang lain asalkan matlamat asal dapat dipenuhi.
Mereka juga jarang mengungkit atas tanggungjawab tambahan yang dilakukan kerana percaya lambat-laun balasan yang baik akan tetap menjelma. Balasan cuma soal masa iaitu cepat atau lambat. Falsafah disebalik semagat Kaizen, sesuatu kejayaan seseorang tidak pernah terhasil dek kerana usahanya semata-mata. Ia adalah usaha berkumpulan, yang saling menyokong antara satu sama lain.
Tidak pernah kejayaan yang hebat dicapai melalui sikap berkira yang tebal. Pada orang Jepun, tiada istilah hasad dengki, tetapi apa yang ada ialah semangat yang tinggi untuk bersaing.
Nah, sekarang nie kita dah tahu kenapa negara Jepun boleh jadi sangat maju.... Jadi kawan-kawan semo, moh kita buang sikap ske berkira...... Perkara yang susah jadi senang n perkara senang jadi sangat mudah.... Tapi kita jgn lah sesekali amik kesempatan terhadap org yang tak berkira nie.... Nanti orang marah..... Boleh jadi benci pulak.... Hehehehe.... Aku pun harap aku boleh perbaiki diri aku lagi.... Amin....
No comments:
Post a Comment