Pagi nie tah macam mana aku terasa nak update blog memandangkan dah lama nau aku tak update... ermmm... disebabkan lagi beberapa hari lagi aku akan menyambut besday aku (baru teringat... ahhahaha) dan diikuti dengan tahun baru... aku sangat bekobar-kobar nak update blog hari nie...
Hari nie cuaca agak sepoi-sepoi bahasa n agak slow, keadaan aku kat opis nie pun sangatlah lemau dan tak produktif lgsg... hehehe... jujur nie kasi tau.... tahun nie pasti macam-macam yang berlaku kat korang kan... setahun tue kan tentu banyak lah perkara yang berlaku... aku percaya bukan pada aku seorang jer.. tentu korang-korang semua ada kan... mayb ader pembaca yang baru berkahwin, baru dapat anak, mayb g sambung belajar ker tapi yang pastinyer setiap individu ader cerita tersendiri.
Aku tak nak citer pasal kesah-kesah 2011 sbb aku pun banyak dah lupa ekceli, hahahaha.... jadi aku just nak stori mori apa rencana aku pada 2012... impian dan harapan aku untuk 2012 nie tak der aper sgt... bukan nak beli handbag mahal or bukan nak melancong kemana-mana... tapi impian aku adalah untuk menjadi SEORANG MANUSIA YANG LEBIH BAIK DARI TAHUN LEPAS... aku sangat berharap tuhan membuka pintu hati aku untuk menjadi manusia yang baik n muslimah yang sejati, menjadi seorang manusia yang bukan sahaja disenangi oleh ibu bapa tapi oleh semua manusia lain... haih... susah nak berubah sebenarnya tapi aku mmg sentiasa berdoa dan berusaha agar aku berubah... dari segala segi...
Yelah umur pun bukan makin muda dan yang paling penting aku tak nak semakin jauh dari jalanyer... untuk pekerjaan dan pelajaran pun sama... pendek kata tahun 2012 nie adalah tahun aku untuk memajukan diri sendiri... InssaAllah... Aku akan berusaha untuk jadi pekerja yang bukan kaki bodek tapi berusaha untuk maju menggunakan kelebihan yang ada... Untuk pelajaran pun sama, kalau boleh aku tak nak larh pointer aku makin turun, hehehe, aku nak berusaha kekalkan 3 pointer nie... Untuk parents pun sama, aku nak jadi seorang anak dan seorang kakak yang baik untuk mereka semua....
Touching pulak, yelah mengenangkan apa yang telah aku lakukan sepanjang 2011 nie... tentu ada perkara yang baik dan buruk kan.... aku sebenarnyer dah rencanakan apa yang aku nak lakukan untuk tahun 2012 nie... jadi nak tau aper rencana aku untuk tahun depan... macam biasa... aku akan update dalam blog... hehehe.... baru best... ader gambar sekali.. jadi ucapan b4 aku menamatkan penulisan aku nie... aku doakan korang-korang semua mencapai apa yang dihajati n diimpiankan untuk tahun 2012 nie... marilah kita berdoa dan berusaha bersama-sama yea kawan-kawan... Amin...
No comments:
Post a Comment